Cursor by www.Soup-Faerie.Com l0ts oF luVs....
Friday 16 November 2012

Assalammualaikum wrbt dan salam pembuka bicara kepada pembaca blog.

Saya Nur Farieshah Binti Mohd Salih tidak lain dan tidak bukan hanyalah seorang hamba Allah yang lemah dan tidak sempurna. Ini merupakan coretan pertama saya bagi blog ini. Saya mempunyai dua blog iaitu blog yang pertama ialah http://farieshahecha.blogspot.com. Tetapi bukan itu yang ingin saya sampaikan di sini.

Pada malam yang mulia ini, saya ingin berkongsi tentang "PENGORBANAN SEORANG KEKASIH TIDAK DAPAT MENANDINGI PENGORBANAN IBU BAPA" . Sidang pembaca sekalian, kita lahir di dunia dengan usaha kedua ibu bapa kita . Tanggungjawab seorang ibu bukanlah mudah. Ibu kita berjuang bermati-matian untuk melahirkan kita ke dunia yang fana ini . Beberapa jam sebelum kita dilahirkan di bumi ini ibu kita melalui detik yang mendebarkan . Ada ibu yang selamat dan ada yang tidak selamat dan pulang ke rahmatullah . Sebegitu besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya . Tika kita menangis di waktu malam , ibu bangun menyusukan kita. Tika kita menangis kerana tidak selesa lampin kita basah ibu atau ayah bersegera menukar lampin kita kerana mereka kasihan kita tidak selesa. Tika kita jatuh ketika bermain , ibu bapa kita berlari ke arah kita kerana mereka risaukan keadaan kita. Tika kita demam kuat, mereka berjaga malam menunggu kita. Ini kerana apa? Kerana mereka amat sayangkan kita. Tidak cukupkah lagi kasih sayang yang amat kuat dari kedua ibu bapa kita? sehinggakan anak2 remaja pada zaman ini mudah sekali jatuh cinta . Tidak salah untuk kita jatuh cinta tetapi "percintaan selepas perkahwinan adalah lebih indah" dan itulah cara hidup Islam.

Jika kita rasa kekasih kita sanggup belanja apa sahaja untuk kita . Ingatlah! Ibu bapa kita telah berbelanja lebih banyak untuk kita. Membeli lampin ketika kecil, belikan mainan ketika kecil , belikan baju sekolah, belikan buku sekolah , sediakan tempat tinggal, beri makan, belikan handphone , belikan notebook , beri duit belanja ke sekolah. MasyaAllah! terlalu banyak untuk disebutkan . Setiap rengekan manja kita , setiap rungutan kita pasti akan dipenuhi kedua ibu bapa kita bagi melihat kita bahagia. Sedangkan kekasih kita beli ape? Topup je, belanja air je, belanja makan je, belikan cincin kat pasar malam je , belikan rantai kat pasar malam je, belikan gula-gula getah je, bazzirkan kredit kita yang ibu bapa belikan tengah2 malam sahaja.

Ibu bapa mengajarkan kita cara hidup, mengajar kita erti kehidupan, memberi kasih sayang yang tiada ternilai, menjaga kita tanpa rungutan . Jika ibu bapa melarang sesuatu , mereka tahu baik buruknya kerana mereka "makan garam" lebih daripada kita . Janganlah kita merungut . Sedangkan kalau kekasih hanya pegang-pegang tangan , berdua-duuaan, semuanya kearah kemungkaran.

Kesimpulannya sidang pembaca sekalian , jika kita belum cukup mengenal cinta. Janganlah kita membuang masa... Maafkan saya jika ada terkasar bahasa dan ada pernyataan yang kurang menyenagkan hati Sidang Pembaca Sekalian ... Ssaya tegaskan di sini sesungguhnya saya hanya seorang Insan yang lemah dan tidak sempurna. Assalammualaikum wrbt. : )

Farieshah Leave Her Loves At 11/16/2012


A b o u t M e ....

NaMe : p0kez
aGe : 16
sCho0l : mfh
C0ntaCt: 1234567
l0v3s..: blah blah and blah
HaTes..: blah blah and blah

W i S h L i s T s ....

Wish 1
Wish 2
Wish 3

L i n K i e S s ....


Blogger
link
link
link

s H o u T 0 u T ....

INSERT TAGBOARD HERE

S p e C i a L t H a N k s t 0 ....

p0kez
Blogger
Blogskins
Soup Faerie